Pages

Kesalahan Trading dari segi Emosi dan DIsiplin


Beberapa kelemahan emosi atau tidak berdisplin semasa trading

1. Bila ada signal entry, kadang2 kita tak masok. Bila tak ada signal, kadang2 kita masok pula

2. Post yg profit kita cepat2 tutup, post yang rugi kita sayang nak tutup

3. Kita sepatutnya trade berdasarkan sistem kita bukan ikut cakap kawan, ikut signal atau sistem org lain

4. Kita suka over trading. kita nak sentiasa dalam market. Orang kata gatal tangan

5. kita suka letak "hope" dalam market dengan harapan market akan ikut kita.

6. kita suka baca market ikut rasa yang mana sedap bukan ikut apa yg kita nampak di chart

7. Bila kita loss, kita biasa menyalahkan market yg tdk cun atau market gila atau pun sebab big trader kacau

8. Bila ada setup yg kebarangkalian tinggi untuk menang kita tak berani besarkan lot.

9. kita punya risk reward tak betul. kita punya TP < SL

10. kita tdk ada keyakinan atau ragu2 dgn entry yg dibuat atau tidak yakin dengan sistem trading kita.

11. kita masok market dgn perasaan takut2 atau fobia dengan loss. "nanti kan loss pulak ni".

12. kita masok market dengan bermacam2 perasaan dlm kepala (tamak, geram, marah dsb). sepatutnya kita trade tanpa perasaan tak kira floating loss atau profit. trade like robot.

13. kita tidak menggunakan MM yg betul kerana nak cover loss atau nak cepat kaya

14. kita tdk mempunyai kawalan emosi bila loss berlaku (tdk tahu nak buat apa dengan post yg sedang loss). "Ikut suka kau lah market nak pergi mana, MC MC lah".

15. Kita suka lawan market pada post yg sudah loss

16. Kita suka masok reversal atau lawan trend kerana nak cari lowest price utk buy atau highest price utk sell

17. kita tdk mempunyai kemampuan mengawal perasaan bila float.

18. kita frust bila terlepas entry sehingga memaksa kita enter market juga walaupun price dah tak sesuai

19. kita tdk sabar menunggu price yg kita dah set utk masok

20. kita tidak konsitent dengan peraturan entry atau suka tukar2 teknik utk entry. Dalam satu masa berbagai teknik trading dipakai.

21. Kita suka ubah dengan besarkan stop loss bila price hampir kena dengan Stop Loss yg kita telah set

22. kita tak ada kesabaran menunggu post yang dah profit kena TP yang kita telah set. Kita suka tutup lebih awal.

23. kita entry dengan perasaan serba salah sebab merasakan market semacam tahu tentang post yang kita masok. Bila kita buy, market jatuh. Bila kita sell, market naik

Comments
0 Comments

0 komentar:

Posting Komentar

 

Get Update Via Facebook


CLOSE